Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.
Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.
Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA ADIK-ADIK PEDi SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 17-31 Disember 2022Program cuti sekolah yang diadakan pada 28 Disember 2019 bertempat di PEDi Sungai Pinang ini bertujuan untuk menarik budak-budak sekolah untuk menghabiskan waktu...........baca selanjutnya
HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 12 November 2022Tujuan utama program Hari Terbuka Bersama Komuniti Sungai Pinang untuk memperkenalkan PEDi ini kepada orang ramai...........baca selanjutnya
TOURNAMENT PUBG SEMPENA FIESTA GENERASI SIHAT
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat remaja dan anak muda ..........baca selanjutnya
PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN PEDI DENGAN KERJASAMA MPKK BUKIT KECIL
Aktiviti Terkini | 21 September 2022Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang ingin belajar tentang bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya..........baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 65 PEDi SUNGAI PINANG & PERPUSTAKAAN SG PINANG & KRT SG PINANG & KAFA SG PINANG
Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2022Tujuannya adalah untuk memupuk semangat cintakan Negara dari kecil supaya kelak menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan Negara..........baca selanjutnya
KAFETEEN ADVOKASI : KESIHATAN WANITA
Aktiviti Terkini | 2 Julai 2022Tujuan Penerangan ini diadakan adalah untuk menarik minat remaja dan anak muda untuk mengenali Pusat Internet Komuniti Sungai Pinang dengan lebih dekat lagi.........baca selanjutnya
MINI CONTEST PEDi SUNGAI PINANG DENGAN KERJASAMA PERPUSTAKAAN DESA SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 24 Jun 2022Pertandingan ini dijalankan melibatkan banyak kategori yang mana ia mampu mengasah minda pelajar, menarik dan interaktif..........baca selanjutnya
KAFETEEN ADVOKASI: REMAJA & MEDIA SOSIAL
Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat remaja dan anak muda untuk mengenali Pusat Internet Komuniti Sungai Pinang dengan lebih dekat lagi. Memberi pendedahan tentang pentingnya Menerangkan tentang masalah golongan remaja yang semakin membimbangkan pada masa kini.........baca selanjutnya
TOURNAMENT PUBG MOBILE ANJURAN PEDI SUNGAI PINANG BERSAMA PEMUDA UMNO BALIK PULAU
Aktiviti Terkini | 24 April 2022Tournament pubg mobile anjuran PEDi sungai pinang bersama pemuda umno balik pulau.........baca selanjutnya
PROGRAM “KUIZ STAY AT HOME” ANJURAN PEDI SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 12 Mac 2022Pertandingan ini dijalankan melibatkan banyak kategori yang mana ia mampu mengasah minda komuniti, menarik dan interaktif.........baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA SMK DATO ONN
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2022Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru iaitu bijak internet, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri...........baca selanjutnya
PROGRAM KEMASKINI & PENDAFTARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 1-31 Januari 2022Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan PEDi kepada masyarakat dengan kewujudan Pusat Internet di kampung sungai pinang. ..........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya