INFORMASI TEMPATAN
Maklumat Am
Sungai Pinang terletak di Daerah Barat Daya iaitu dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Sungai Pinang mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 64% kaum Melayu dan 36% kaum Cina. Mengikut statistic kajian penduduk 2010, penduduk Sungai Pinang hamper mencecah 6500 orang. Majoriti penduduk Sungai Pinang berpendapatan sederhana. Kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, nelayan, dan bekerja sendiri. Hanya sebilangan kecil menjawat jawatan penting di sektor awam.
Peta lokasi Sungai Pinang
Kampung Sungai Pinang dibahagikan kepada 4 mukim iaitu Kuala Sungai Pinang, Mukim 3, Mukim A, dan Bukit Kecil.
Kuala Sungai pinang
JUMLAH PENDUDUK & PEKERJAAN
LELAKI | WANITA |
---|---|
3000 Orang | 3500 Orang |
UMUR | LELAKI | WANITA |
---|---|---|
60 Tahun ke atas | 150 orang | 250 orang |
40-59 Tahun | 600 orang | 700 orang |
18-39 Tahun | 900 orang | 1100 orang |
13-17 Tahun | 350 orang | 250 orang |
6-12 Tahun | 350 orang | 350 orang |
0-5 Tahun | 250 orang | 350 orang |
Penduduk Kampung Sungai Pinang majoriti nya adalah terdiri daripada Kaum Melayu iaitu seramai hampir 2800 orang, kemudian diikuti dengan kaum Cina iaitu seramai 1550 orang, dan selebihnya adalah kaum minoriti di Kampung Sungai Pinang ini. Rata-rata penduduk di Kampung Sungai Pinang memperoleh pendapatan dengan menjalankan pekerjaan sendiri seperti bertani, membuat perindustrian kecil, ternakan dan sebagainya. Tidak kurang juga penduduk yang memperoleh pendapatan dengan bekerja dalam sektor kerajaan dan juga swasta.
Pusat Tumpuan Pelancong
Saanen Dairy Goat FarmTidak mengenakan caj masuk tetapi menjual produk tenusu dan ais krim kepada para pelawat. Letaknya berdekatan Kem PLKN Sungai Pinang. Rasanya bas besar tak boleh masuk hingga ke pintu ladang. Waktu beroperasi 10 pagi - 5 petang |
|
Countryside Stables PenangTerdapat ladang kuda di sini seperti Countryside Stable Penang. Boleh beri makan dan menunggang kuda |
|
Ladang Burung Merpati Terbesar di Pulau Pinang(Audi Dream Farm)Burung merpati ni rupanya ada orang bela. Bukan setakat burung merpati yang ada di tepi jalan saja tetapi diimport dari seluruh dunia dan ladang ni ada di Balik Pulau iaitu di Audi Dream Farm. Bukan setakat Burung Merpati kat sini juga ada banyak burung dan binantang lain macam rusa. Nak main petik-petik sayur pun ada. Tapi tanya dulu lah. Jangan main petik nanti kena petik. |
|
Air Terjun Titi Kerawang
Terletak di kawasan berbukit yang menghampar hampir 90 peratus muka bumi daerah Balik Pulau dan Teluk Bahang, suasana nyaman benar-benar terasa. Apa tidaknya, pokok-pokok hutan berusia ribuan tahun yang memayungi rimba di sini memberi pemandangan menghijau yang mendamaikan.
Taman Rekreasi Sungai Pinang
Taman rekreasi ini menjadi tumpuan penduduk tempatan malahan penduduk luar terutamanya pada hujung minggu untuk mengadakan aktiviti berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Air terjun yang mengalir dari puncak bukit ini sudah pastinya menyegarkan di tambah pula dengan kebersihan air yang terjaga cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini untuk tertarik singgah di sini bagi menikmati sendiri suasana yang mendamaikan.
Tempat Makan Yang Menarik
Eryna Café
Eryna Café adalah salah sebuah kedai makan yang terkenal di kawasan Sungai Pinang ini. Berkonsepkan kari ikan yang dimasak di dalam claypot, Eryna Café menyajikan masakan kari ikan yang biasanya terdiri daripada ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan pelotan, ikan bawal, ikan pari dan kadang kala juga ikan sembilang. Bagi sesiapa yang datang ke Sungai Pinang ini, rugi kalau anda tidak mencuba sendiri masakan kari di Eryna Café yang pastinya menjaminkan kepuasan kepada anda dan juga harga yang amat berpatutan.
Lokasi-Lokasi
Petronas Balik Pulau |
Pejabat Pos Balik Pulau |
Klinik 1Malaysia Balik Pulau |
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya |
Lokasi-Lokasi
Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang Balik Pulau |
SMK Seri Balik Pulau |
Nor Hafizah Bt. Nadzri
Celik IT
Umur:
14 tahun
Email:
norhafizah4428@gmail.com
Keahlian PI:
6/12/2015
Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Selalu mengunjungi ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum adanya PI ini, beliau kurang mahir dan kurang tahu bagaimana untuk melayari internet dan lain-lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula meminati untuk datang ke sini selalu untuk melayari internet secara bijak hingga mahir dalam menggunakan pelbagai jenis program dan MS. Office.
Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Belajar cara buat video.
- Belajar membuat poster dan masuk pertandingan.
- Belajar kelas ict.
- Terlibat sebagai sukarela di pusat internet untuk kemaskini BSH.
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nor Hafizah Bt. Nadzri:
Muruku Lingkar Hajah Salmiah Sungai Pinang
Tel : 04 – 866 3844 atau 012-479 1341
Kilang Buah Pala Uncle Chang Kun Mim
No Tel : 04-866 8426 atau 016-4336303