Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.

Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.

Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


TAYANGAN VIDEO SEMPENA MAULIDUR RASUL

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini adalah untuk menghayati perjuangan Baginda Nabi Saw. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara orang-orang kampung Sungai Pinang bersama staff Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pinang.baca selanjutnya

PROGRAM KEMASKINI BR1M

Aktiviti Terkini | 18 - 20 Disember 2015

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada masyarakat dengan kewujudan Pusat Internet di kampung sungai pinang. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara orang-orang kampung Sungai Pinang bersama staf Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pinang.baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI SIHAT CERGAS PERPUSTAKAAN DESA (PNM) SUNGAI PINANG 2015

24 November 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini adalah untuk mengisi masa budak-budak sekolah sempena cuti hujung tahun program ini dibuat untuk mengelakkan budak-budak ini tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah.baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya