PROGRAM SANTAI SIHAT CERGAS PERPUSTAKAAN DESA (PNM) SUNGAI PINANG 2015
Aktiviti Terkini | 24 November 2015Tujuan program ini adalah untuk mengisi masa budak-budak sekolah sempena cuti hujung tahun program ini dibuat untuk mengelakkan budak-budak ini tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara orang-orang kampung Sungai Pinang bersama staff Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pinang.
Program dimulakan dengan bacaan Doa yang dibaca oleh En Baharom selesai bacaan doa program diteruskan dengan senam aerobik dan zuma selesai senam aerobic dan zuma semua peserta berehat untuk sarapan pagi yang disediakan oleh penganjur. Selesai sarapan program diteruskan dengan sukaneka, pertandingan mewarna untuk (4-6 tahun), pertandingan gubahan sumi,pertandingan musang berjanggut dan pertandingan lingkaran maut. Selepas selesai semua pertandingan program diteruskan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Ybhg Encik Ismail Bin Kassim (Pembantu Khas Timbalan Menteri Kesihatan Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau). Dan program diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam semua pertandingan.
kembali ke halaman utama