Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.
Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.
Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021PERTANDINGAN MOBILE LEGEND ANJURAN PEDi SUNGAI PINANG BERSAMA UMNO BALIK PULAU
Aktiviti Terkini | 18 & 19 Dis 2021Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat remaja dan anak muda untuk mengenali Pusat Internet Komuniti Sungai Pinang dengan lebih dekat lagi...........baca selanjutnya
KEJOHANAN KAROM TERTUTUP ANJURAN PUSAT EKONOMI DIGITAL – PEDi SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 28 November 2021Tujuan kejohanan Karom tertutup diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara PEDi dan komuniti selepas pasca covid-19...........baca selanjutnya
PENYERAHAN SIMPACK PAKEJ KELUARGA MALAYSIA UNTUK KOMUNITI BALIK PULAU
Aktiviti Terkini | 12,23,24 & 27 November 2021Tujuan pemberian simpack Pakej Keluarga Malaysia adalah untuk meringankan beban pelajar yang mengguna internet untuk pdpr dengan pemberian pakej remaja malaysia dapat mengurangkan sedikit keperluan untuk membeli internet..........baca selanjutnya
LAWATAN KERJA YBHG. DATO' SRI HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) BERSAMA DELEGASI BERSEMPENA PROGRAM KEMBARA CONNECTIVITY PULAU PINANG
Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2021Lawatan YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertujuan untuk melawat dan majlis pemberian Sim Kad Pakej Remaja Malaysia. . ........baca selanjutnya
TOURNAMENT PES 2021 MOBILE ANJURAN UMNO BALIK PULAU DENGAN KERJASAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat remaja dan anak muda untuk mengenali Pusat Internet Komuniti Sungai Pinang dengan lebih dekat lagi. ........baca selanjutnya
TOURNAMENT PUBG ANJURAN PEMUDA UMNO BALIK PULAU DENGAN KERJASAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 18 September 2021Pertandingan ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Sungai Pinang di mana tujuan adalah untuk menarik komuniti remaja dan orang muda untuk mengikuti perkembangan terkini FB Page PIK........baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KUIZ SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2021Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Sungai Pinang di mana pihak PIK menganjurkan kuiz Sempena Hari Kemerdekaan secara di atas talian yang disertai oleh komuniti sekitar PIK.......baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA SMK RAJA TUN UDA
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2021Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru iaitu bijak internet, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri......baca selanjutnya
FORUM PERSEDIAAN MEMASUKI ALAM KEPIMPINAN
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2021Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat. .....baca selanjutnya
SEMBANG SANTAI "HALA TUJU LEPAS SPM"
Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021Tujuan sembang santai ‘Hala Tuju Lepas SPM’ Diadakan Untuk Memberi Gambaran Kepada Pelajar-pelajar Lepasan SPM Untuk Memilih Tempat Sambung Pelajar. ....baca selanjutnya
LIVE PENERANGAN MENGENAI PAKEJ JARINGAN PRIHATIN
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2021Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih. ....baca selanjutnya
PROGRAM SEHARI BERSAMA SSM (PENDAFTARAN SSM PERCUMA)
Aktiviti Terkini | 8 April 2021Tujuan program dijalankan adalah untuk membantu para usahawan kecil untuk mendaftar SSM percuma yang telah dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu para usahawan dan pelajar golongan b40....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK “KESELAMATAN TELEFON PINTAR”
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara...baca selanjutnya
PROGRAM JOMTUISYEN@SPM DI PUSAT INTERNET SUNGAI PINANG & ULANGKAJI SPM BERSAMA PELAJAR SPM 2020
Aktiviti Terkini | 2-28 Februari 2021Program JomTuisyen Bersama Pusat Internet Komuniti Secara Percuma Bertujuan untuk membantu para pelajar-pelajar SPM Untuk Menghadapi Peperiksaan ...baca selanjutnya
PROGRAM JOMTUISYEN@SPM DI PUSAT INTERNET SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 9 - 31 JANUARI 2021Program JomTuisyen Bersama Pusat Internet Komuniti Secara Percuma Bertujuan untuk membantu para pelajar-pelajar SPM Untuk Menghadapi Peperiksaan ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya