Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.
Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.
Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020SEMBANG LIVE BERSAMA USAHAWAN PUSAT INTERNET SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2020Tujuan untuk membantu promosi Usahawan pusat internet sepanjang tempoh PKPB ...baca selanjutnya
PROGRAM “KUIZ STAY AT HOME” ANJURAN PUSAT INTERNET DENGAN KERJASAMA MPKK BUKIT KECHIL
Aktiviti Terkini | 22 & 29 NOVEMBER 2020Pertandingan ini dijalankan melibatkan banyak kategori yang mana ia mampu mengasah minda komuniti, menarik dan interaktif....baca selanjutnya
MINI PERTANDINGAN E-LEARNING ANJURAN BERSAMA PUSAT INTERNET & MPKK BUKIT KECIL
Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2020Pertandingan ini dijalankan melibatkan banyak kategori yang mana ia mampu mengasah minda pelajar, menarik dan interaktif....baca selanjutnya
PROGRAM BUAL BICARA USAHAWAN BERTAJUK "INSPIRASI SEORANG USAHAWAN"
Aktiviti Terkini | 27 September 2020Program Bual Bicara usahawan bertajuk "Inspirasi Seorang Usahawan" ....baca selanjutnya
PERTANDINGAN TERTUTUP E-SPORT (TOURNAMENT FREE FIRE) SEMPENA HARI MALAYSIA ANJURAN PUSAT INTERNET SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 13 September 2020Pertandingan Tertutup E-Sport (Tournament Free Fire) Sempena Hari Malaysia Anjuran Pusat Internet Sungai Pinang Balik Pulau....baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT BERSAMA USAHAWAN WANYS SNACKS
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2020Taklimat usahawan oleh Leader Wanys Snacks Wilayah Utara dalam membantu usahawan Tempatan menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan motivasi usahawan sekitar kawasan Balik Pulau....baca selanjutnya
KELAS ICT
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2020Menambah pengetahuan pelajar mengenai “Klik Dengan Bijak”...baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN K TITI TERAS
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2020Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia.....baca selanjutnya
PROGRAM KEMASKINI BSH 2020 ANJURAN BERSAMA PUSAT INTERNET SUNGAI PINANG DAN MPKK SUNGAI PINANG
Aktiviti Terkini | 2 Februari 2020Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan PI kepada masyarakat dengan kewujudan Pusat Internet di kampung sungai pinang....baca selanjutnya
PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA TAHUN BARU CINA
Aktiviti Terkini | 23 Jan 2020Kuiz teka silang kata diadakan sempena Tahun Baru Cina 2020 yang bakal diraikan oleh kaum tiong huat....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya