TAKLIMAT KDB & ADVOKASI (BULI SIBER)

Aktiviti terkini | 9 & 16 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sungai Pinang

Ringkasan Aktiviti :
Taklimat Kdb & Advokasi (Buli Siber)

Tujuan :
Taklimat KDB & Advokasi: Cara Elak Jerat Scammer telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi Sungai Pinang selama 1 Jam bermula dari 11.00 pagi – 12.00 tengahari. 10 orang suri rumah telah mengikuti kursus ini.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penyampai taklimat berbincang dengan peserta jenis-jenis scammer yang popular dan semasa di media sosial. Mereka digalakkan untuk bertenang jika berhadapan mahupun menerima panggilan, pesanan ringkas, atau emel yang mencurigakan. Peserta turut didedahkan ciri-ciri scammer bagi memudahkan mereka mengelak dan menghadapi taktik mereka. Para peserta diperkenalkan dengan laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ mengesan atau menyemak scammer yang menggunakan platfom dalam talian khususnya menerusi nombor telefon atau akaun mereka. Selain itu, mereka turut digalakkan untuk melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada talian 997.
• PEDi Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini. Penyertaan komuniti yang berminat dengan aktiviti PEDi seperti ini turut digalakkan dengan menghubungi staf PEDi seperti yang tertera di laman sesawang ini. Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan.


Kelebihan Aktiviti :
• Program ceramah Ramadhan bersama penduduk kampung.
• Mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :