Klik Dengan Bijak Di Sk Seri Bayu

Aktiviti terkini | 5 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

Tujuan :
• Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :