Taklimat Keselamatan Internet & Kempen Sebenarnya.My Di Di Fiesta Sehati RTM
17 Mac 2018 | Sabtu
3.00 petang – 5.00 petang | Sekolah Menengah Kebangsaan St. George Balik Pulau, Pulau Pinang
Tujuan:
Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar
penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera
tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kelebihan:
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
Penglibatan:
Penduduk setempat.
Nama VIP:
- YB Dato’ Seri Dr Haji Hilmi Bin Haji Yahaya(Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia/Ahli Parlimen Balik Pulau).
Aktiviti Berkaitan:
Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahayanya penyebaran maklumat palsu kerana ia merupakan musuh utama negara.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: