Pertandingan Puzzle Online

27 Januari 2018 | Sabtu
10.00 pagi – 1.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang, Pulau Pinang

Tujuan:
Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan kanak-kanak melalui penglihatan. Dalam pada itu, dengan adanya pertandingan ini budaya berfikir dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak. Di akhir sesi, hampir kesemua peserta mampu menyiapkan cantuman puzzle yang telah diberikan. Kesemua peserta kelihatan ceria dan seronok sepanjang pertandingan berlangsung. Semangat serta budaya berfikir jelas terpancar di wajah kanak-kanak yang menyertai pertandingan ini berikutan mereka berjaya menyiapkan susunan puzzle yang diberikan oleh PI1M Sungai Pinang.

Kelebihan:
- Merapatkan silaturahim antara staff PI1M dengan masyarakat.
- Melahirkan budaya berfikir dikalangan pelajar dan orang dewasa.
- Dapat memupuk budaya berfikir dan dapat meransang minda peserta.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pertandingan Puzzle Online PI1M.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: