Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017

28 September 2017 | Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang | Perkarangan Madrasah Raiyah Sungai Pinang, Pulau Pinang

Tujuan:
Sekitar Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR'17) dan Kenduri Rakyat Bersama SPRM. Program Yang Dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Yb Dato' Seri Dr Haji Hilmi Bin Haji Yahaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, dan Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban. Pelbagai acara telah diadakan sempena program ini, antaranya ialah bola sepak, tarik tali, pameran, kenduri rakyat dan sebagainya.

Kelebihan:
- Program ini juga bertujuan untuk mengubah pemikiran orang ramai yang kurang mengambil berat mengenai rasuah untuk sama-sama membanteras gejala itu.
- Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah.
- Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
1) T.Y.T Tun Dato Seri Utama(Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas(Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang).
2) YB Dato' Seri Dr Haji Hilmi Bin Haji Yahaya(Timbalan Menteri Kesihatan).
3) Tan Sri Dzulkifli Ahmad(Ketua Pesuruhjaya SPRM).
4) Datuk Seri Azam Baki(Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM).
5) Datuk Abd Aziz Aban(Pengarah SPRM Pulau Pinang).

Perlaksanaan Aktiviti:
Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia dan menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan.

Aktiviti Berkaitan:
Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: