Mini Pertandingan Kahoot Sains Dan Matematik Bersama Pelajar Sekolah Menegah

21 Mac 2017 | Selasa
3.00 petang – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang

Tujuan:
Tujuan pertandingan kahoot diadakan adalah untuk melatih para pelajar untuk berfikir secara cepat, sambil bermain dapat berfikir dan dapat melahirkan pelajar dengan budaya cepat berfikir. Matlamat pertandingan Kahoot.it sains dan matematik untuk menyemai minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik. Pertandingan kahoot sains dan matematik dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar serta menarik minat mereka dalam mempelajari kedua-dua subjek ini dengan lebih baik lagi.

Kelebihan:
- Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Sains dan Matematik.
- Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.
- Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pertandingan kahoot bermula pada jam 3.00 petang dengan 11 orang peserta dan berakhir pada jam 3.30 petang. Pertandingan tersebut dimenangi oleh adik haikal dan tempat kedua adik amiruddin dan ketiga adik shafiq.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: