Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Kongsi

17 Mac 2017 | Jumaat
10.30 pagi – 12.30 tengahari | Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau

Tujuan:
Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan seri kuala dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan.

Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Perlaksanaan Aktiviti:
Program Klik Dengan Bijak(KDB) telah dijalankan di sekolah kebangsaan kongsi. Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan kongsi dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan. Penerangan dijalankan dengan menggunakan 'slide show'.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: