PI1M Contest Carnival

10 Jun 2017 | Sabtu
9.30 pagi – 12.30 tengahari | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang, Pulau Pinang

Tujuan:
Liga Menaip Pantas telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Pinang. Pertandingan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana menggunakan papan kekunci (keyboard) secara optimum disamping menguji daya ketangkasan peserta-peserta khususnya dalam membaca teks sambil menaip.

Kelebihan:
- Kerja menjadi lebih efisien dan menjimatkan masa dalam sehari.
- Menaip dengan profesional iaitu kesalahan menaip di tahap minimum dan hasil kerja yang lebih berkualiti.
- Tingkatkan keyakinan diri dengan mahir menggunakan papan kekunci komputer dan dapat menaip dengan pantas.

Nama VIP:
1) YB Datuk Haji Shah Headan Bin Ayoob Shah(Adun Teluk Bahang).
2) Encik Yussoff Bin Johar(Naib Pengerusi PI1M Sungai Pinang).

Perlaksanaan Aktiviti:
Para peserta telah berkumpul di sini sejak dari pukul 9.00 lagi kerana tidak sabar menunggu pertandingan ini dimulakan. Seramai 11 orang telah menyertai pertandingan ini. Pelbagai ragam dapat dilihat ketika pertandingan ini berlangsung, ada juga yang terlampau fokus sehinggakan langsung tidak memandang tempat lain kecuali skrin. Pertandingan berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Shah Headan Ayoob Shah (Adun Teluk Bahang) kepada para peserta. Untuk Liga Menaip Tempat pertama dimenangi oleh adik Muhd Shafiq Asani, manakala tempat kedua dimenangi oleh adik Muhd Haikal Abd Rashid. Tempat ketiga pula telah jatuh kepada adik Muhd Shafiq Faizzudin Baharon. Untuk Pertandingan mewarna AidilFitri Tempat pertama dimenangi oleh adik Nur Alya Danish, manakala tempat kedua dimenangi oleh adik Irfan Naufal. Tempat ketiga pula telah jatuh kepada adik Abdullah Khairi Saari.

Aktiviti Berkaitan:
- Final Liga Menaip PI1M.
- Pertandingan Mewarna Aidilfitri.
- Kahoot AidilFitri.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: