Klik dengan Bijak

26 Januari 2017 | Khamis
8.00 pagi – 11.00 pagi

Tujuan:
Tujuannya adalah sebagai pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Aktiviti Berkaitan:
Program Klik Dengan Bijak(KDB) telah dijalankan di sekolah kebangsaan sungai rusa. Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan seri kuala dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan. Penerangan dijalankan dengan menggunakan 'slide show'


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: