Pertandingan Mewarna Sempena Tahun Baru Cina & Taklimat Penggunaan Telefon

27 Januari 2017 | Jumaat
3.00 petang – 5.00 petang

Tujuan:
Tujuannya adalah sebagai mengajak penduduk beramah mesra dengan satu sama lain. Selain itu, untuk memperkenalkan bagaimana penggunaan telefon yang sebetulnya. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Kelebihan:
- Memupuk semangat perpaduan kaum.
- Dapat mempromosikan PI1M kepada masyarakat.
- Memberi takllimat mengenai kebaikan dan keburukan telefon.
- Dapat memahami budaya orang cina.

Aktiviti Berkaitan:
Aktiviti bermula pada pukul 3.00 petang dengan kehadiran ahli PI1M untuk menyertai pertandingan mewarna sempena Tahun Baru Cina dan juga Taklimat Penggunaan Telefon. Aktiviti diakhiri dengan pemberian saguhati kepada semua peserta yang menyertai aktiviti mewarna sempena merdeka anjuran PI1M Sungai Pinang.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: