Klik dengan Bijak

24 Februari 2017 | Jumaat
10.30 pagi – 12.30 tengahari | Sekolah Kebangsaan Sungai Korok

Tujuan:
Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan seri kuala dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan.

Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Aktiviti Berkaitan:
Taklimat Klik Dengan Bijak Dekat Sk Sungai Korok. Taklimat Bertajuk Keselamatan Internet & Pidophilia. Seramai 100 Pelajar Yang Mengambil Bahagian Dalam Taklimat Klik Dengan Bijak.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: