Hari Terbuka PI1M Sungai Pinang

10 Disember 2017 | Ahad
9.00 pagi – 1.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang, Pulau Pinang

Tujuan:
Tujuan utama program Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang untuk memperkenalkan pusat internet ini kepada orang ramai. Selain itu, Majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan pusat internet kepada komuniti setempat.

Kelebihan:
- Memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat.
- Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat.
- Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan masyarakat.
- Dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan pusat internet kepada komuniti setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pada 10 Disember 2017 PI1M Sungai Pinang telah mengadakan Hari Terbuka PI1M di perkarangan PI1M Sungai Pinang. Sepanjang berlangsungya Hari Terbuka ini, peserta yang datang tidak melepaskan peluang untuk turut serta terlibat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan antaranya Karom, Musang Berjanggut, Mewarna, Pokemon Go, Puzzle Online, Wordsearch & Cabutan Bertuah.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: