Pertandingan Mencipta Poster Pi1m Sungai Pinang

23 April 2017 | Khamis
3.00 petang – 5.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang

Tujuan:
Tujuan Pertandingan Mencipta Poster PI1M Sungai Pinang bagi menambahbaik imej PI1M sedia ada menonjolkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan sebagai agen transformasi kearah komuniti pintar. Memberi peluang kepada ahli PI1M Sungai Pinang untuk memahami fungsi sebenar PI1M.

Kelebihan:
- Mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan.
- Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar.
- Meningkatkan motivasi pelajar.

Perlaksanaan aktiviti:
Pertandingan bermula pada 2.30 Petang bermula dengan sesi taklimat daripada petugas PI1M Sungai Pinang kepada semua peserta yang terlibat dalam pertandingan mencipta poster baru PI1M Sungai Pinang. Selepas taklimat pertandingan bermula pada 3.00 Petang dan berakhir pada 5.00 Petang dengan kemengan adik shafiq mendapat tempat pertama dan adik amiruddin poster terbaik.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: