Hari Sukan Negara Anjuran Jkkkp Sungai Pinang
8 Oktober 2016 | Sabtu
8.30 pagi – 11.00 pagi | Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang
Tujuan:
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.
Kelebihan:
- Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
- Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
- Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
- Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
- Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Perlaksanaan Aktiviti:
Sekitar Hari Sukan Negara 2016 yang diadakan pada hari ini 8 Oktober 2016 anjuran JKKKP Sungai Pinang dengan Kerjasama Wanita Sg Pinang, Kospen Sungai Pinang, Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang Dan Perpustakaan Desa Sungai Pinang. Pada Jam 8.00 pagi dengan acara merentas desa serta Treasure Hunt dan cabutan nombor bertuah. Penyertaan terdiri dari kaum ibu bapa dan anak2.
Aktiviti Berkaitan:
- Treasure Hunt.
- Senamrobik.
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Cabutan Bertuah.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: