Klik dengan Bijak

4 Oktober 2016 | Selasa
10.30 pagi – 12.30 tengahari | Sekolah Menegah Kebangsaan Pondok Upeh

Tujuan:
Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar SMK Pondok Upeh dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan.

Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Aktiviti Berkaitan:
Program klik dengan bijak bersama Sekolah Menegah Kebangsaan Pondok Upeh yang disertai oleh 250 orang pelajar bersama guru pada 4/10/2016. Topik yang dibincangkan adalah Buli Siber dan progam berjaya disampaikan dengan jayanya.


Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: