Hari Terbuka & Majlis Perasmian PI1M Sungai Pinang

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016

Tarikh : 20/8/2016
Masa : 10.00 Pagi – 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Sg. Pinang

Tujuan :
- Masyarakat setempat di kawasan Sungai Pinang kini berpeluang menikmati kemudahan internet jalur lebar secara kolektif melalui Pusat Internet 1Malaysia yang diwujudkan di Kampung Sungai Pinang, di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti
- Pusat Internet ini akan memberi peluang kepada komuniti di Sungai Pinang untuk mempelajari teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan lebih mendalam melalui bengkel dan latihan yang disediakan, selain dapat menggunakan kemudahan internet jalur lebar dalam melaksanakan pelbagai urusan seharian mereka.

Nama Tetamu VIP :
- YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi Bin Haji Yahaya (Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia)
- Encik Ismail Bin Othman (Pengarah MCMC Wilayah Utara)
- Encik Mohd Nizam Bin Mohamad (DIGI)

Pelaksanaan aktiviti utama
- Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi Bin Haji Yahaya pada 20/8/2016. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari perasmian tersebut antaranya adalah pertandingan Bola Sepak 7 sebelah, pertandingan mewarna, treasure hunt, program wanita era digital, pameran produk usahawan, sukaneka dan juga persembahan koir sempena sambutan hari kemerdekaan.