Program Cuti Sekolah (Ulangkaji Bersama Pelajar Di Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang)

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2016 - 4 Jun 2016

Tarikh Dan Masa : Sepanjang Cuti Sekolah 30/5/2016 - 4/6/2016
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Sg. Pinang

Tujuan :
Sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun PI1M Sungai Pinang menganjurkan Program cuti sekolah iaitu mengulangkaji pelajaran bersama pelajar-pelajar UPSR yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Dengan aktiviti ini dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami oleh mereka dan dapat menambahkan fahaman mereka secara keseluruhan.

Antara aktiviti yang dijalankan:
- Ulangkaji Bersama Pelajar UPSR
- Kelas E-Learning

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti
- Lebih mudah untuk menankap isi-isi penting sesuatu pelajaran
- Dapat memudahkan perbincagan
- Dapat belajar bersama dan membuat rujukan
- Dapat memperkenalkan PI1M kepada orang ramai
- Dapat memberi kelebihan kepada ahli-ahli PI1M untuk belajar di PI1M Sungai Pinang

Pelaksanaan aktiviti utama
Aktiviti dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang sepanjang cuti pertengahan tahun persekolahan pada sesi pagi kelas E-Learning dijalankan untuk pelajar-pelajar 6 hingga 11 tahun dengan menggunakan aplikasi ABCya.com dan macthgames.com. Dan sesi petang untuk pelajar-pelajar UPSR mengulangkaji menggunakan Tutortv.com dan latihtubi.com dengan aplikasi ini dapat membantu mereka untuk mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti sekolah aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka daripada membuat aktiviti yang tidak berfaedah sepanjang cuti.