PROGRAM CSR MRSM BALIK PULAU SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN MARA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI PINANG.

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2016

Majlis Gotong Royong Sempena Sambutan 50 Tahun Mara Diperkarangan Sekolah Agama Sungai Pinang. Gotong Royong Bersama JKKKP Sungai Pinang dengan kerjasama MRSM Balik Pulau, Qariah Masjid Sungai Pinang, TABIKA Sungai Pinang, Pusat Internet 1Malaysia Sungai Pinang dan Perpustakaan Desa Sungai Pinang kerana telah menjayakan gotong royong disekitar Madrasah Raiyah Islamiah dan Masjid Al Ehsan Sungai Pinang.

Aktiviti yang dijalankan;

Program bermula pada pukul 8 pagi dengan kehadiran Vip dan juga para tetamu jemputan dan pelajar-pelajar MRSM. Program dirasmikan oleh Yb Datuk Seri Dr Haji Hilmi Bin Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau. Selasai ucapan perasmian Yb Datuk Seri Dr Hilmi semua tetamu dan pelajar-pelajar MRSM bergambar selesai bergambar semua tetamu bersarapan pagi denga makanan yang telah disediakan selesai sarapan pagi program gotong royong bermula dikawasan sekolah agama sungai pinang dan juga kawasan masjid dan kubur masjid al ehsan sungai pinang dan juga rumah-rumah yang terpilih. Dalam pada itu juga program ziarah juga diadakan dengan menziarahi bekas pengetua sekolah agama sungai pinang iaitu Tn Hj Ustaz Abd Hamid yang uzur. Selesai program ziarah semua pelajar bergerak kembali ke perkarangan sekolah agama sungai pinang untuk makan tengahari yang telah disediakan oleh orang-orang kampung sungai pinang program diakhiri dengan makan tengahari.

Vip Yang Hadir

  1. Yb Datuk Seri Dr Haji Hilmi Bin Yahaya

(Timbalan Menteri Kesihatan Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau).

Encik Abu Zaki Bin Ahmad Affandi (Pengetua MRSM Balik Pulau).