PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Febuari 2016

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan kanak-kanak melalui penglihatan. Dalam pada itu, dengan adanya pertandingan ini budaya berfikir dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak. Di akhir sesi, hampir kesemua peserta mampu menyiapkan cantuman puzzle yang telah diberikan. Kesemua peserta kelihatan ceria dan seronok sepanjang pertandingan berlangsung. Semangat serta budaya berfikir jelas terpancar di wajah kanak-kanak yang menyertai pertandingan ini berikutan mereka berjaya menyiapkan susunan puzzle yang diberikan oleh PI1M Sungai Pinang..

Aktiviti yang dijalankan;

Aktiviti bulan februari dijalankan di PI1M Sungai Pinang iaitu Pertandingan puzzle online bersama ahli-ahli PI1M Sungai Pinang. Pertandingan bermula pada pukul 10.00 pagi selepas diberikan penerangan oleh petugas PI1M Sungai Pinang pertandigan bermula pada pukul 10.15 pagi dan semua peserta memulakan menyusun puzzle online. Pertandingan berjalan selama 3 jam setengah oleh semua peserta untuk menyiapkan susunan puzzle.

Pemenang.

Pemenang tempat pertama untuk pertandingan puzzle online adik muhd haikal, tempat kedua adik muhd Iskandar dan tempat ketiga adik nor hafizah. Tempat keempat adik adik hakimi dan adik hendra, tempat kelima adik muhd amiruddin.