KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini |27 April 2016Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-
Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Aktiviti yang dijalankan;
Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan di sekolah kebangsaan seri kuala kedah. Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan seri kuala dan pengguna internet tentang penggunaan internet secara selamat. Memandangkan teknologi kini semakin canggih sehingga boleh menjadi perkara yang tidak kita ingini, pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan. Penerangan dijalankan dengan menggunakan 'slide show'.