Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Sungai Pinang adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Barat Daya berkeluasan 285 ekar dan dihuni oleh penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Selain itu, Kampung Sungai Pinang juga berada dalam kawasan Mukim 12 yang Dun dan Parlimennya terdiri daripa Dun Teluk Bahang dan Parlimen Balik Pulau.

Menurut cerita orang tua, nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang Sungai Pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai ‘pinang pok’ ditakik untuk menghilangkan getahnya dan kemudian di rendam ke dalam sungai tersebut.

Aliran sungai yang asal adalah melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlakunya banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM SOLUSI PERNIAGAAN BERSAMA FAMA

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2023

Program solusi perniagaan dijalankan bersama FAMA memberi focus kepada usahawan dalam memulakan perniagaan di platform Agrobazaar. ................baca selanjutnya

PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2023

PEDi Sungai Pinang telah menerima jemputan untuk turut sama menjayakan program kacau bubur asyura peringkat Masjid Sungai Pinang anjuran Bersama komuniti. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga setempat yang turut menjayakan program ini . Bersempena program ini pihak PEDi Sungai Pinang telah mengambil kesempatan untuk membuat promosi berkaitan aktiviti program serta latihan yang dibuat di PEDi Sungai Pinang................baca selanjutnya

KELAS ASAS PENGENALAN MICROBIT

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2023

Memperkenalkan apa itu mikrobit dan kegunaanya dalam seharian dan Makecode yang digunakan untuk membuat asas pengaturcaraan menggunakan kemahiran dan pengetahuna yang di pelajari dan dimiliki...............baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA MPKK SUNGAI PINANG DENGAN KERJASAMA PEDI SUNGAI PINANG

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2023

Untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PEDi Sungai Pinang diantara staff PEDi Sungai Pinang dan juga diantara penduduk kampung Sungai Pinang..............baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB & ADVOKASI (BULI SIBER)

Aktiviti Terkini | 9 & 16 April 2023

Taklimat KDB & Advokasi: Cara Elak Jerat Scammer telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi Sungai Pinang selama 1 Jam bermula dari 11.00 pagi – 12.00 tengahari. 10 orang suri rumah telah mengikuti kursus ini............baca selanjutnya

KULIAH DHUHA PERDANA SEMPENA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 1 April 2023

Anjuran Program Kuliah perdana Sempena Bulan Ramadhan dengan kerjasama PEDi Sungai Pinang. Ceramah disampaikan oleh Ybhg Dato Ustaz Mohd Kazim Elias.............baca selanjutnya

PROGRAM BUNGKUS BUBUR LAMBUK BERSAMA KARIAH SUNGAI PINANG

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2023

Sempena Ramadhan Al Mubarak 1444 Hijrah, satu program amal memasak bubur lambuk oleh komuniti Sungai Pinang telah diadakan. Program memasak bubur lambuk ini merupakan acara tradisi yang dilakukan oleh komuniti Sungai Pinang setiap tibanya bulan Ramadhan............baca selanjutnya

KULIAH DHUHA PERDANA SEMPENA ISRA MIKRAJ

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2023

Anjuran Program Kuliah perdana Sempena Isra Mikraj dengan kerjasama PEDi Sungai Pinang. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas Ismail (Tanyalah Ustaz TV9)............baca selanjutnya

PERTANDINGAN PEDi CONTEST

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023

Pertandingan ini dijalankan melibatkan banyak kategori yang mana ia mampu mengasah minda pelajar, menarik dan interaktif............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya